Susulan dari perhimpunan keluarga waris keturunan Almarhum Hj Mat Zin Merbau Patah pada Syawal 1438 Hijrah yang lepas, Syawal tahun ini sekali lagi diadakan perhimpunan yang sama. Cuma lokasinya diubah dari Masjid Kg Merbau Patah ke kediaman Hjh @foziah Embong (cicit kepada Almarhum).
Ramai juga yang menghadiri majlis tersebut. Terasa bahang kemesraan dan ukhuwwah terjalin lebih erat lagi berbanding perjumpaan hari raya terdahulu.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan majlis hariraya kali ke dua.
Bergambar beramai-ramai pada perjumpaan Hariraya kali ke 2 tahun 2018