Kenali Hajjah Minah ( Tok Mek ) Puteri Waliyullah Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam



 Waliyullah Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam  telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Haji Abdullah ( Haji Doloh Ccopong ) dan Hajjah Minah ( Tok Mek ).

Hajjah Minah atau Tok Mek telah berkahwin dengan Haji Chik lalu berkembanglah keturunan Hj. Mat Zin dengan cucu-cucu beliau iaitu; Wan Mek, Wan Nik, Wan Embong, Wan Esah, Wan Selamah, Wan Nawang, Wan Abdul Rahman dan Wan Teh.
Salah seorang puteri Hjh. Minah (Tok Mek), iaitu Wan Nik telah bernikah dengan seorang alim bernama Haji Mamat. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Mat adalah tokoh agama yang terkenal di Terengganu. Beliau telah membina sebuah surau yang dikenali dengan Surau Hj. Mat ditepi jalan utama K.Terengganu - K. Berang. Kalau anda perasan, setiap pagi Jumaat jalan utama K. Terengganu - K. Berang (dilaluan Wakaf Mempelam) tersebut akan sesak dengan kenderaan kerana surau tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk mengikuti kuliah agama. Ia menjadi salah sebuah pusat pengajaran ilmu tauhid-tasawwuf yang terkenal di Terengganu.
Kuliyyah ilmu disampaikan sendiri oleh Haji Mat; dan selepas kemangkatan beliau, tugas tersebut diambil-alih oleh anak ketiga beliau iaitu; Ustaz Jaafar B. Haji Mamat. Selepas mangkatnya Ustaz Jaafar, tugas tersebut kemudiannya diambil-alih oleh adik beliau iaitu; Sulaiman B. Haji Mamat atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Zul. Begitulah budaya ilmu itu diwaris dan disanadkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

0 Comments:

Post a Comment