Almarhum Hj. Mat Zin adalah seorang waliyullah dan tokoh ulama' Terengganu yang bertanggungjawab membuka Kampung Merbau Patah dan membina masjid di situ sekitar tahun 1860an dahulu. Masjid yang dinamakan Masjid Merbau Patah tersebut telah dibina oleh Almarhum Hj. Mat Zin dengan bantuan orang kampung. Beliau sendiri dengan kudrat yang dikurniakan Allah telah menebang balak di hutan dan memotongnya untuk dijadikan struktur dan bahan binaan masjid tersebut.
Masjid Merbau Patah kekal teguh; menjadi syiar Islam dan pusat kemasyarakatan Kampung Merbau Patah sehingga ke hari ini. Beberapa peringkat modifikasi telah dilakukan ke atas masjid tersebut oleh orang kampung dan waris keturunan Hj. Mat Zin sendiri, namun binaan asal terutama pada kubah, menara kayu, tiang-tiang seri dan bahagian atas bangunan masjid masih dikekalkan.
Waris keturunan Almarhum Hj. Mat Zin adalah hasil perkongsian hidup beliau dengan Almarhumah Hjh. Meriam (Mariam). Almarhum Hj. Mat Zin dikurniakan dua orang anak iaitu; Hj. Abdullah Bin Hj. Mat Zin dan Hjh. Minah Bt. Hj. Mat Zin. Dari dua orang waris inilah bercambah nya keturunan cucu, cicit, cuit, gamit, capai dan lambai Hj. Mat Zin. Hari ini, pada tahun 1438 Hijrah, kira-kira 500 orang waris keturunan almarhum dari segenap pelusuk daerah dan negeri yang telah berkumpul bagi memperingati moyang mereka dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
Kredit Alzikr Studio
0 Comments:
Post a Comment