Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam dikurniakan 2 cahayamata iaitu Haji Abdullah dan Hajjah Minah. Haji Abdullah atau dikenali dengan nama Haji Doloh Ccopong merupakan sebahagian dari waris Haji Mat Zin.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Hajjah Wan Sofiah, Haji Dolloh Ccopong telah dikurniakan 5 orang anak iaitu Munah binti Haji Abdullah, Kalsom binti Haji Abdullah, Halimah binti Haji Abdullah, Mukhatar bin Haji Abdullah dan Mohd Nor bin Haji Abdullah. Dan dari galur Haji Dolloh Ccopong inilah lahirnya imam-imam Masjid Merbau Patah generasi demi generasi.
Dari Galur Haji Dolloh Ccopong ke Haji Mukhatar turun ke Haji Osman turun ke Haji Embong dan seterusnya sampailah ke Ustaz Li sekarang ini.
Memperihalkan Zuhudnya Haji Dolloh Ccopong, beliau walaupun mewarisi harta kekayaan dan kepopularan ayahanda beliau Haji Mat Zin, namun beliau hidup seperti penduduk kampung biasa. Bahkan kadang-kadang orang menuduh beliau gila. Ini kerana saban hari sebelum menjelang waktu subuh, Haji Dolloh Ccopong akan mengelilingi segenap kampung dengan menaiki basikal dan membawa sebuah healer (orang Terengganu panggil Ccopong ). Beliau mengejutkan orang kampung untuk qiam dan mendirikan solat subuh. Begitulah rutin beliau berbasikal di hening malam dari kampung Merbau Patah ke Bukit Besar ke Kampung Ladang ke Kampung Tanjung bahkan ke Kampung Seberang. Itulah salah satu karamah yang dikurniakan Allah kepada kekasihNya. Orang kampung pernah melihat Haji Dolloh Ccopong 'gateh' basikal di atas air.
Menurut Zakaria Alzikr, pertama kali mendengar kisah tersebut, beliau fikir hanyalah dongengan yang sengaja direka-reka oleh waris Haji Dolloh Ccopong, tetapi tidak. Beliau bertanya sendiri kepada Allahyarham bapa beliau yang merupakan orang kampung Ladang dan ibu orang kampung Tanjung dan beberapa orang lain , mereka semua mengiakan cerita tersebut. Bahkan jalan cerita mereka semuanya sama.
Begitulah kisah Haji Dolloh Ccopong yang pernah dianggap gila. Semoga Allah Merahsiakan Kewaliannya.
0 Comments:
Post a Comment