Ziarah Hariraya Aidilfitri ke Rumah Keluarga Arwah Wan Esah ( Cucu Haji Mat Zin )

 Kelihatan beberapa keluarga yang terdiri daripada susun galur keluarga Hajjah Minah telah menghadiri Majlis Hariraya ke rumah keluarga Arwah Wan Esah. 

Ianya terdiri daripada Keluarga Arwah Haji Wan Embong dan juga keluarga Wan Teh serta keluarga Arwah Wan Selamah. Semoga ukhuwwah akan terjalin lebih erat lagi.. 

Semoga keakraban dan kemesraan Keluarga Haji Mat Zin dari susun galur Haji Dolloh Ccopong dan Tok Mek terus berkekalan .Aamiin..






Kenali Haji Abdullah ( Haji Doloh Ccopong) Putera Waliyullah Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam


Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam dikurniakan 2 cahayamata iaitu Haji Abdullah dan Hajjah Minah. Haji Abdullah atau dikenali dengan nama Haji Doloh Ccopong merupakan sebahagian dari waris Haji Mat Zin. 

Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Hajjah Wan Sofiah, Haji Dolloh Ccopong telah dikurniakan 5 orang anak iaitu Munah binti Haji Abdullah, Kalsom binti Haji Abdullah, Halimah binti Haji Abdullah, Mukhatar bin Haji Abdullah dan Mohd Nor bin Haji Abdullah. Dan dari galur Haji Dolloh Ccopong inilah lahirnya imam-imam Masjid Merbau Patah generasi demi generasi.

Dari Galur Haji Dolloh Ccopong ke Haji Mukhatar turun ke Haji Osman turun ke Haji Embong dan seterusnya sampailah ke Ustaz Li sekarang ini.

Memperihalkan Zuhudnya Haji Dolloh Ccopong, beliau walaupun mewarisi harta kekayaan dan kepopularan ayahanda beliau Haji Mat Zin, namun beliau hidup seperti penduduk kampung biasa. Bahkan kadang-kadang orang menuduh beliau gila. Ini kerana saban hari sebelum menjelang waktu subuh, Haji Dolloh Ccopong akan mengelilingi segenap kampung dengan menaiki basikal dan membawa sebuah healer (orang Terengganu panggil Ccopong ). Beliau mengejutkan orang kampung untuk qiam dan mendirikan solat subuh. Begitulah rutin beliau berbasikal di hening malam dari kampung Merbau Patah ke Bukit Besar ke Kampung Ladang ke Kampung Tanjung bahkan ke Kampung Seberang. Itulah salah satu karamah yang dikurniakan Allah kepada kekasihNya. Orang kampung pernah melihat Haji Dolloh Ccopong 'gateh' basikal di atas air.

Menurut Zakaria Alzikr, pertama kali mendengar kisah tersebut, beliau fikir hanyalah dongengan yang sengaja direka-reka oleh waris Haji Dolloh Ccopong, tetapi tidak. Beliau bertanya sendiri kepada Allahyarham bapa beliau yang merupakan orang kampung Ladang dan ibu orang kampung Tanjung dan beberapa orang lain , mereka semua mengiakan cerita tersebut. Bahkan jalan cerita mereka semuanya sama.

Begitulah kisah Haji Dolloh Ccopong yang pernah dianggap gila. Semoga Allah Merahsiakan Kewaliannya.

Jawatankuasa Keluarga Haji Mat Zin Bagi Tahun 2022




Pertama kita doakan kpd Allah agar semua waris kita sentiasa dirahmati Allah dengan mensyukuri atas nikmat kebajikan dandilindungi dari segala musibah dan diberi kesabaran dan ketabahan bagi hadapi kehidupan kita yang mendatang.

Setelah kematian saudara tua kita Wan Aziz yg banyak berkorban untuk kebajikan keluarga Hj Mat Zin, kita dapati orang yang paling layak memikul amanah menjaga kebajikan cucu cicit Hj Mat Zin ini adalah Hj Zulkifli cicit Hj Mat Zin dan menurun Hj DDolah dan kemudian Hj Mukhatar.

Kita harap Hj Zulkifli yang juga ketua Imam Masjid Hj Mat Zin sebagai Pengerusi kita yang baru bersama2 AJK dapat memikul amanah dgn lebih baik dan cemerlang  dengan sokongan kita semua. Selamat maju jaya dan Good luck.

Berikut adalah senarai nama AJK bagi tahun 2022

PENAUNG   : Tuan Haji Sulaiman bin Haji Mamat ( Ustaz Zul ) - Imam Surau Haji Mamat

PENGERUSI : Haji Zulkifli bin Haji Mukhatar - Imam Masjid Merbau Patah   

SETIAUSAHA : Encik Mohd Saufi bin Samah

S/U I                 : Encik Md Hakim Islah bin Zaimuddin   

S/U II                : Encik Abdullah Ridhuan bin Rudaini    

BENDAHARI   : Haji Ramli bin Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Abdul Manan bin Haji Ali

2. Hajjah Mek Sebanun binti Haji Osman

3. Hajjah Fauziah binti Haji Embong

4. Haji Wan Md Anwar bin Haji Wan Abdul Rahman

5. Haji Wan Azman bin Wan Nawang

6. Haji Abdul Aziz bin Haji Ali


Persiapan Perjumpaan Majlis Hariraya Keluarga Haji Mat Zin Kali 3 2022

Persiapan bagi menyambut kehadiran keluarga Haji Mat Zin sempena Perjumpaan Kali ke 3 akan diadakan di Dewan Haji Mat Zin sedang giat dijalankan.

Perjumpaan kali ini akan diadakan pada Hariraya Haji yang ke 2 tahun 2022. Semoga pertemuan ini akan menjadi asbab keakraban dan ukhuwwah yang berkekalan samada jauh mahupun dekat. Kehadiran amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang bekerja keras untuk menjayakan Majlis perjumpaan kali ke 3 ini.


Persiapan menyambut ketibaan keluarga Haji Mat Zin pada Hariraya Haji yang ke 2 tahun 2022

Kenali Hajjah Minah ( Tok Mek ) Puteri Waliyullah Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam



 Waliyullah Haji Mat Zin dan Hajjah Meriam  telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Haji Abdullah ( Haji Doloh Ccopong ) dan Hajjah Minah ( Tok Mek ).

Hajjah Minah atau Tok Mek telah berkahwin dengan Haji Chik lalu berkembanglah keturunan Hj. Mat Zin dengan cucu-cucu beliau iaitu; Wan Mek, Wan Nik, Wan Embong, Wan Esah, Wan Selamah, Wan Nawang, Wan Abdul Rahman dan Wan Teh.
Salah seorang puteri Hjh. Minah (Tok Mek), iaitu Wan Nik telah bernikah dengan seorang alim bernama Haji Mamat. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Mat adalah tokoh agama yang terkenal di Terengganu. Beliau telah membina sebuah surau yang dikenali dengan Surau Hj. Mat ditepi jalan utama K.Terengganu - K. Berang. Kalau anda perasan, setiap pagi Jumaat jalan utama K. Terengganu - K. Berang (dilaluan Wakaf Mempelam) tersebut akan sesak dengan kenderaan kerana surau tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk mengikuti kuliah agama. Ia menjadi salah sebuah pusat pengajaran ilmu tauhid-tasawwuf yang terkenal di Terengganu.
Kuliyyah ilmu disampaikan sendiri oleh Haji Mat; dan selepas kemangkatan beliau, tugas tersebut diambil-alih oleh anak ketiga beliau iaitu; Ustaz Jaafar B. Haji Mamat. Selepas mangkatnya Ustaz Jaafar, tugas tersebut kemudiannya diambil-alih oleh adik beliau iaitu; Sulaiman B. Haji Mamat atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Zul. Begitulah budaya ilmu itu diwaris dan disanadkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Kenali Waliyullah Haji Mat Zin Merbau Patah

 


Almarhum Hj. Mat Zin adalah seorang waliyullah dan tokoh ulama' Terengganu yang bertanggungjawab membuka Kampung Merbau Patah dan membina masjid di situ sekitar tahun 1860an dahulu. Masjid yang dinamakan Masjid Merbau Patah tersebut telah dibina oleh Almarhum Hj. Mat Zin dengan bantuan orang kampung. Beliau sendiri dengan kudrat yang dikurniakan Allah telah menebang balak di hutan dan memotongnya untuk dijadikan struktur dan bahan binaan masjid tersebut.

Masjid Merbau Patah kekal teguh; menjadi syiar Islam dan pusat kemasyarakatan Kampung Merbau Patah sehingga ke hari ini. Beberapa peringkat modifikasi telah dilakukan ke atas masjid tersebut oleh orang kampung dan waris keturunan Hj. Mat Zin sendiri, namun binaan asal terutama pada kubah, menara kayu, tiang-tiang seri dan bahagian atas bangunan masjid masih dikekalkan.
Waris keturunan Almarhum Hj. Mat Zin adalah hasil perkongsian hidup beliau dengan Almarhumah Hjh. Meriam (Mariam). Almarhum Hj. Mat Zin dikurniakan dua orang anak iaitu; Hj. Abdullah Bin Hj. Mat Zin dan Hjh. Minah Bt. Hj. Mat Zin. Dari dua orang waris inilah bercambah nya keturunan cucu, cicit, cuit, gamit, capai dan lambai Hj. Mat Zin. Hari ini, pada tahun 1438 Hijrah, kira-kira 500 orang waris keturunan almarhum dari segenap pelusuk daerah dan negeri yang telah berkumpul bagi memperingati moyang mereka dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Kredit Alzikr Studio